Sunday, August 31, 2008

Pertahanan terakhir UMNO/BN...peduli apa orang kata


16 Sept tinggal 15 hari lagi.Kenyataan Pak Lah seolah olah membayangkan kekerasan akan digunakan sekiranya Pakatan Rakyat akan dianggotai oleh 30 MP dari BN. Pak lah berkata, ``kerajaan tidak akan sekali-kali membenarkan mandat rakyat dirampas daripada parti Barisan Nasional (BN) ``Pak Lah menyebut kerajaan dan bukannya BN. Pelan B,C dan D mesti dilaksanakan sekiranya pelan Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di halang oleh BN dengan cara yang tidak demokratik. Apakah semua rakyat penyokong Pakatan Rakyat sudah tahu akan hal ini. Jangan sekali kali menganggap perkara ini mudah dan berjalan lancar.
Pemimpin UMNO/BN pada mulanya menganggap ini semua adalah `perang saraf` Anwar sahaja. Diperingkat ini kita dapati mereka sudah berada di dalam keadaan tidak selesa dan kelam kabut. Kenyataan demi kenyataan dari mereka mestilah ditafsir secara terbalik. Anwar tidak relevan, keputusan PRK Permatang Pauh tidak jejaskan BN dan macam macam lagi.
Lihatlah bagaimana akurnya mereka terhadap kekuatan Anwar di Permatang Pauh apabila mendapat berita DSWA melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Walau pun begitu mereka tidak sesekali menyerah kalah melainkan mengunakan segala peluang yang ada untuk meranapkan perjuangan Anwar dan perjuangan rakyat.
Kini menjelang 16 Sep apakah kita berfikir mereka hanya berpeluk tubuh menunggu kedatangan 16 Sep sambil sesekali mengeluarkan kenyataan demi kenyataan. Apakah setakat itu sahaja tindakan mereka ? Tidak tahu kita semua apakah persediaan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat akan hal ini.

Friday, August 22, 2008

Sekali karam tidak akan timbul sampai bila bila


Tempuh berkempen yang sedang berlangsung di Permatang Pauh menyaksikan berbagai bagai peristiwa pelik dan janggal. Bukan setakat Permatang Pauh tempiasnya sampai ke Perak. Masa inilah semuanya di longgokan semata mata mahu DSAI gagal dalam PRK Permatang Pauh. Juadah atau hidangan diberi kepada rakyat Permatang Pauh sangat jelik dan menjengkelkan. Apakah UMNO berfikir dengan melakukan perbuatan jijik tersebut rakyat keseluruhan yang akan turun mengundi sewenang wenangnya akan memilih calun BN.

Sebaik sahaja selepas PRU XII yang lalu adakah mereka telah melakukan banyak perkara perkara yang membuat rakyat simpati kepada mereka. Apa yang mereka lakukan adalah provokasi demi provakasi keatas parti pilihan rakyat. Paling kuat di Selangor dan Perak.Kenaikan harga minyak adalah faktor yang membuat rakyat sangat sangat membenci parti yang bernama UMNO/BN.

Kini pada PRK Permatang Pauh semua kebaikan hendak dilonggokan serentak. Serangan peribadi terhadap DSAI oleh Najib, Ezam, Saiful dan beberapa nama lagi sebagai pemakan upah bukan sahaja tidak membantu kempen mereka malah membuat rakyat bertambah tambah membenci parti yang bernama UMNO/BN ini.

Mereka telah kalah di 5 negeri + 1. Jika kali ini mereka kalah lagi disusul pula tarikh 16 Sept maka UMNO akan lumpuh habis seluruh tubuh. Ini disebabkan kerosakan pada saraf tunjang dan lain lain saraf UMNO sudah sangat teruk sekali.

Saat itu kita akan melihat bagaimana singa jantan akan membaham anak anak jantannya sendiri kerana takut akan persaingan. Lihatlah apa yang terjadi kepada Che Det yang bertanggungjawab menghidupkan UMNO Baru. Sebaik sahaja patah taringnya...ia dilayan seperti anjing kurap di dalam partinya sendiri.

Jika UMNO tumbang kali ini siapakah pula individu yang akan bersusah payah berusaha untuk membina imej UMNO seperti di era pasca kemerdekaan dulu....jika jawapan TIDAK ADA atau sukar di cari maka UMNO akan terkubur terus. Apa sebabnya? ?? sebabnya ialah roh UMNO sudah lama mati...hanya jasadnya sekarang baru mati.

Sunday, August 10, 2008

Wira dunia ketiga yang berjiwa kerdil

Beliau kini seorang Joker. Che Det berkata, beliau rela berhijrah ke luar negara jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini ketika menjawab soalan salah seorang peserta di forum bertajuk Cabaran Melayu Masa Kini: Memperkasakan Melayu anjuran Barisan Bertindak Akar Umbi Melayu Terengganu di Kuala Terengganu pada 9 Ogos 2008. Kalau kata kata blogger abang Nan Kopitiam menyarankan supaya beliau ke Zimbabwe, saya pula menyarankan supaya Che Det kembali ketanah tumpah darahnya iaitu Kerala, Selatan India. Kenapa dengan tiba tiba Che Det seolah olah merajuk ingin meninggalkan negara ini pada atau selepas 16 Sep. Kalau mengikut alasan yang diberikan oleh Che Det yang Anwar pernah menikam belakangnya....bagaimana dengan Pak Lah? ?? Pak Lah juga telah dan sedang menikam belakangnya sekarang. Kenapa Che Det tidak mahu meninggalkan negara ini sekarang. Apa bezanya Pak Lah dan Anwar? ??... walaupun sama sama tikam belakang Che Det.

Che Det sekali lagi telah bertindak pre-emptive supaya apabila tiba tarikh 16 Sep Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan beliau tidak dianggap sebagai pengecut dan bacul kerana melarikan diri meninggalkan negara ini. Penulis seperti tidak percaya kerana semasa beliau mempunyai kuasa beliau dianggap sangat hebat, super dan macam macam gelaran hebat diberikan padanya. Tertubuhnya sebuah institut pemikiran yang mengkaji menganalisis pemikiran dan otak Che Det adalah sesuatu yang membazir dan membuang masa kerana tuan punya diri mempunyai jiwa yang sangat kerdil apabila berhadapan dengan realiti. Hidup tanpa kuasa. Jika institut ini mahu dikekalkan maka masukkan juga tentang pemikiran jiwa yang kerdil, penakut dan bacul.

Dalam diam sebenarnya Che Det sangat kagum dan menghormati Anwar walau pun kelihatan serangan dari mulut Che Det kepada Anwar tidak terhenti henti. Che Det juga tidak lupa kata kata Anwar bahawa dia (Anwar) sudah pun memaafkan Che Det tetapi rakyat bagaimana? ?? Inilah yang sangat ditakuti oleh Che Det....rakyat. Komitmen rakyat terhadap Anwar tidak pernah berbelah bagi. Rakyat terlalu dahagakan perubahan kepimpinan negara sehinggakan mereka tidak memperdulikan lagi samada Anwar meliwat atau tidak asalkan kempimpinan negara mesti ditukar secepat mungkin. Che Det telah mengaku dirinya adalah melayu tulin, melayu Kedah kononnya ketika berceramah di Port Dickson. Melayu tulin kah sehingga sanggup untuk lari meninggalkan negara. Ahli, penyokong dan pengundi UMNO patut berasa malu dengan kenyataan terbaru Che Det ini. Seorang yang mengaku melayu tulin tetapi ingin melarikan diri keluar negara. Che Det tak perlu takut sampai begitu sekali kerana salah seorang peserta forum di Port Dickson itu telah memberitahu apa yang dia dengar dari Najib `jika Che Det dipenjarakan kesesakan bukan berlaku di KL tetapi sudah bermula di JB. Apakah Che Det lupa kenyataan peserta forum tersebut sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang dia ingin meninggalkan negara ini. Ini menunjukkan bahawa Che Det tidak percaya kepada semangat yang ada pada Najib dan ahli ahli UMNO. Ini tidak berlaku pada semangat penyokong pakatan rakyat. Darah dan airmata sudah menjadi mainan penyokong pakatan rakyat.

Soalan patut timbul tentang tempat penginapan di luar negara yang menjadi tempat Che Det ingin melarikan diri...sewa hotel atau tinggal di bungalow air mata rakyat. Bagaimana dengan peninggalan yang di beri atas nama anak anak. Kami rakyat marhaen juga punya anak anak dan isteri. Kami mahu hak hak kami kembali yang ada pada Mukhriz, abang abangnya dan kakaknya. Sesungguhnya Che Det sedang melumurkan najis ke mukanya sendiri.

Al-Fatihah untuk Almarhum Dato` Ustaz Fadzil Nor.

Thursday, August 7, 2008

Tahap bodoh bertingkat tingkat

Mulai hari ini kita boleh melihat siapa individu paling mengelabah. Silap silap haribulan kes Liwat II ini boleh digugurkan kerana tiada prima facie atau technical error. Pada artikel yang lepas saya ada menyebut peperangan ini sebenarnya adalah peperangan tiga penjuru disatu pihak cuba membaling sebiji batu untuk membunuh dua ekor burung. Di satu pihak lagi.... di kedua dua belah pihak yang bukannya DS Anwar telah berhempas pulas untuk mengenakan DS Anwar. Jika Anwar terpenjara, Najib akan berundur dari politik atas masalah kesihatan. Penulis yakin Anwar tidak akan terpenjara. Kalau terpenjara juga Anwar pasti dibebaskan kerana tekanan yang akan dihadapi oleh kerajaan.

Sejak pengumuman Pak Lah hendak menyerahkan kuasa pada Jun 2010....Che Det yang tak berparti itu lah orang yang paling sibuk kesana kemari meminta ahli ahli UMNO menjatuhkan Pak Lah. Sekejap sekejap kutuk Najib sambil berkias supaya Najib bertanding kerusi presiden dan apabila didapati Najib buat buat pekak badak di joloknya pula Muhyiddin supaya bertanding Timbalan Presiden. Ini dilakukan supaya Najib terasa digugat dan mengmbil keputusan untuk mencabar Pak Lah. Che Det sebenarnya bukanlah marah pada Pak Lah tetapi Che Det takutkan kemaraan Anwar. Dengan tak semena mena Che Det memilih Rais pembakar jambatan dan Ku Li pula untuk bertanding menentang Pak Lah. Kelam kabut sungguh Che Det sejak akhir akhir ini.Pak Lah yang dianggap oleh umum sebagai seorang kaki tidur....bukanlah begitu jika berhadapan dengan kerja kerja untuk mengekalkan dan mencengkam kuasa.Pak Lah mampu berjaga 25 jam sehari semalam untuk tujuan itu.

Kerja kerja menganiayai Anwar ini sebenarnya banyak dilakukan oleh konspirator dibelakang Pak Lah. Jika ada pun campur tangan dari Musa dan Ghani pun ia dilakukan secara sembunyi sembunyi kerana Musa dan Ghani juga sudah menerima amaran dari BPR, ditambah pula Pak Lah sendiri memberi jaminan yang Musa dan Ghani tidak dibenarkan mengendalikan kes Liwat II ini. Apa yang berlaku kerja kerja skrip drama ini dikendalikan oleh pegawai pegawai bawahan Musa dan pegawai pegawai bawahan Ghani. Masing masing membuat kerja dengan perasaan bersalah, sangsi, curiga dan prejudis antara satu sama lain...silap silap haribulan mereka juga mengalami nasib seperti ketua mereka Musa dan Ghani kena mengadap BPR. Di luar sana tekanan bukan sahaja datang dari rakyat marhaen tetapi datang juga dari seluruh dunia..dari dunia Arab, Eropah, Jepun ...apa lagi dari negeri Pak Cik Sam. Jangan sampai Anwar terlepas begitu sahaja sedangkan kerja kerja mengutip bulu bulu Anwar di dalam lokap sudah pun dibuat.... lalu diperturunkan pertuduhan 377B yang sangat bertentangan dengan lapuran dan cerita cerita dari mulut celupar Saiful, Uncle Pet, bapa Saiful dan Peguam Saiful.

Apabila hasilnya nampak sangat kerja kerja orang bodoh terpaksalah pula datang menteri bodoh untuk tampal apa apa yang bocor pada skrip bodoh dengan mengatakan `Patutkah kita mendakwa orang yang membuat laporan. Itulah cara sistem perundangan...yang penting ialah wujudnya keadilan `. Memang benar Saiful yang membuat lapuran, tetapi lapuran yang bagaimana? ?? Kejadian suka sama suka atau kejadian secara paksa dan kenapa boleh ada 377A, 377B dan 377C? ?? Bayangkanlah ini kah jawapan yang akan dijawab oleh soalan balas dari sembilan orang barisan peguam Anwar nanti. Pada Hamid Albar oleh kerana Saiful yang membuat lapuran maka perbuatan liwat oleh Saiful dikira tidak bersalah? ?? Jadi maksudnya disini lapuran adalah sangat penting pada Hamid. Tentu sekali ada misteri disebalik penekanan perkataan lapuran yang sangat dipertahankan oleh Hamid.Butir butir perbuatan kesalahan tidak penting pada Hamid. Perbuatan yang sama oleh dua orang yang berlainan...satu bersalah dan satu lagi tidak bersalah. Ukuran apa yang Hamid pakai untuk istilah Keadilan ini? ??Sama samalah kita saksikan benda benda bodoh dan benda benda yang mengarut yang akan keluar nanti.

Kalau skripnya bagus, betul dan tepat maka bonus kepada Pak Lah. Pak Lah hanya mengambil kesempatan disaat saat yang diperlukan sahaja untuk menyekat kemaraan DS Anwar. Masing masing cuba melempar sebiji batu untuk membunuh dua ekor burung. Ini lah sebabnya skrip drama ini menjadi cacamerba dab berterabur. Ia tidak seperti tahun 1998, ceritanya sehala sahaja. Bulan Jun tahun 2010 cuma asap perabun sahaja kerana tarikh itu tidak mempunyai apa apa makna kepada Najib. Najib menghadapi masalah kesihatan pada tarikh itu atau sebelum itu. Cuma kita harapkan Pak Lah perlu tunaikan janjinya untuk tidak campur tangan dalam perbicaraan ini nanti. Jangan nanti apabila sudah kritikal Pak Lah sewenang wenangnya memungkiri janji seperti yang selalu dilakukannya itu.

Kalau cerita cerita konspirasi Hollywood yang kita saksikan FBI dan CIA membuat skrip A-Z pada teorinya dahulu kemudian barulah melaksanakan objektifnya tetapi di Malaysia mereka melaksanakannya dahulu kemudian barulah terhegeh hegeh mencipta skripnya kemudian.

Apabila bisul sudah pecah

Kalau di gugurkan terus pendakwaan tentulah si tukang buat kerja tak tahu nak jawap apa apa pada bossnya. DS Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin. Kes akan disebutkan semula pada tarikh 10 September depan di Mahkamah Tinggi untuk menetapkan tarikh perbicaraan. Dari awal awal lagi hanya pihak polis sahaja bersungguh sungguh dan beria ia. Bakri Zenin pun sudah tidak nampak mengadakan sidang media, kalau sebelum ini beliau dilihat begitu bersemangat sekali. Mungkin tim penyiasat juga sudah ditukar untuk mencari dan mengorek bukti kes Liwat II ini. Di pihak doktor pula tiada kerjasama yang diperolehi. Akuan bersumpah Dr Mohamed Osman Abdul Hamid doktor dari PUSRAWI menunjukkan betapa kes Liwat II yang dikatakan sebagai konspirasi untuk memusnahkan karier politik DS Anwar telah terbukti apabila beberapa perenggan dan perkataan dalam kenyataannya kepada polis telah ditambah. Begitu juga yang berlaku kepada kenyataan yang dibuat oleh penyiasat persendirian P.Balasubramaniam. Kerja kerja ubah,tambah dan pinda memang boleh diberi darjah +A1.
Blogger RPK mendakwa mempunyai rakaman video pengakuan seorang sahabat Saiful dalam pertemuan mereka bertiga iaitu DS Najib, Saiful dan beliau akan menyebabkan nanah bisul yang pecah ini akan meleleh leleh. Reverse Psychology yang dilakukan oleh Dr Mahathir dengan mengatakan `adakah kerajaan begitu bodoh dengan melakukan tektik yang sama` kalau benar mereka (kerajaan) hendak melakukan konspirasi sebenarnya telah memakan diri mereka sendiri. Konspirasi Liwat II ini akan mengalami nasib yang sama seperti konspirasi Liwat I malah lebih cepat dari itu kerana asyik asyik melibatkan doktor. Hati budi doktor tidak sama dengan hati budi Polis.
Kepala konspirator tidak berupaya mengubah massa kerana dunia maya tidak memberi ruang kepada kaki kelentong untuk meneruskan kerja kerja seperti di zaman ayahanda mereka dimana umat hanya diberi kitab Utusan Melayu dan berita RTM.

Tuesday, August 5, 2008

Warkah untuk PM

Warkah untuk PM

Kepada Dato` Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi

Assalamua`laikum w.b.t

Dato` Seri yang saya hormati….

Tinggal hanya 22 bulan sahaja lagi untuk Dato` Seri menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada pengganti Dato` Seri. Setiap Perdana Menteri telah meninggalkan jasa kepada rakyatnya. Mereka diberi gelaran masing masing oleh rakyat diatas jasa jasa yang telah mereka tinggalkan. Gelaran `Bapa Pembaharuan` iaitu pembaharuan sebuah sistem demokrasi tulen adalah paling sesuai untuk Dato` Seri.

Presiden Russia Mikhail Gorbachev pemenang hadiah Nobel Keamanan 1990 dikenang oleh rakyat Russia hingga kehari ini kerana telah memperkenalkan Perestroika (pembaharuan dan penstrukturan semula ekonomi) dan Glasnost (dasar kebebasan, keterbukaan dan ketelusan kerajaan) , kini giliran Dato Seri` untuk melakukan semaksima mungkin `pembaharuan tulen` demi untuk rakyat Malaysia.

Hapuskan I.S.A,O.S.A dan A.U.K.U

Rombakan sepenuhnya Suruhanjaya Pilihanraya seperti

1. Penggunaan Dakwat Kekal,
2. Pembersihan Daftar Pemilih,
3. Pemansuhan Undi Pos,
4. Akses kepada Media.

Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia yang akan ditubuhkan tahun hadapan hendaklah diletakkan dibawah parlimen.

Segerakan perlaksanaan I.P.C.M.C yang telah terbantut itu. Berhubung perlaksanaan ini Gabungan Pegawai pegawai Kanan Polis pernah mengugut untuk mengundi pembangkang pada pilihanraya yang lalu jika ia dilaksanakan oleh kerajaan. Untuk kali ini Dato` Seri boleh katakan kepada mereka `Silakan`.


Pengasingan 3 kuasa dibawah ini diletakan dibawah kawal selia parlimen.

1. Kuasa Perundangan/Legislatif
2. Kuasa Eksekutif
3. Kuasa Kehakiman

Rombakan dan pembaharuan tulen ini memastikan mana mana pihak yang memerintah sekali pun maka rakyat tetap mendapat pembelaan dan keadilan. Pemergian Dato` Seri nanti biarlah ia akan dikenang oleh kami dan anak cucu kami sebagai insan yang telah benar benar membebaskan rakyat dari belengu pemerintahan kuku besi yang berselindung disebalik nama sebuah demokrasi.

Cukup untuk beberapa rombakan besar yang saya sebutkan untuk Dato` Seri lakukan sebelum Jun 2010, maka rombakan kecil akan datang dengan sendirinya yang akan dilakukan oleh pemimpin waktu itu.

Dato` Seri perhatikanlah sendiri kearah mana kehendak rakyat kita sekarang ini dan sekuat mana azam mereka untuk menuju kepada kedaulatan rakyat. Tembok penghalang perbezaan diantara mereka sudah pun dipecahkan. Hanya mereka yang sudah tidak relevan sahaja masih menyanyi lagu lagu lama.

Tuesday, July 22, 2008

Altantuya: Penjalanan ke Putra Jaya

Bakri Zenin sendiri memberitahu kedua dua akuan bersumpah Bala tetap disiasat, dan bukannya akuan bersumpah yang kedua sahaja yang tidak melibatkan nama Najib. Musa Hassan masih boleh memberi arahan terhadap Bakri Zenin tetapi bukanlah arahan konspirasi. Sanggupkah Bakri Zenin bersama sama pegawai yang lain bersekongkol dengan Musa Hassan semata mata untuk menyelamatkan Najib? atau Musa Hassan sanggup membuka mulut memberi arahan kepada Zenin untuk menjalankan kerja kerja kotor seperti yang berlaku pada tahun 1998. Sanggupkah Bakri Zenin pula berhadapan dengan BPR apabila mengetahui bossnya juga terpaksa berhadapan dengan BPR dan dalam masa yang sama kerajaan mengumumkan BPR telah diberi lebih kuasa untuk mendakwa. sesorang yang melakukan kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan tanpa merujuk kepada Peguam Negara. Raja Petra juga bertegas untuk tidak memberi maklumat sumbernya kepada pihak polis kecuali didalam mahkamah.

Najib yang terlalu yakin dengan Musa Hassan dan Gani Patail telah bertindak terburu buru melancarkan serangan terhadap DSAI berpandukan maklumat yang salah dari Saiful dan Kuda Trojan II. Kuda Trojan II adalah double agent diantara peperangan 3 penjuru. Najib, Anwar dan Kuda Trojan I. Keputusan diambil oleh Najib untuk menyerang DSAI apabila akuan bersumpah RPK didedahkan kepada umum. DSAI telah bertindak bijak dengan serta merta membuat aduan polis terhadap Musa Hassan dan Gani Patail berhubung pemalsuan lapuran perubatan kecederaan beliau yang berlaku pada tahun 1998. Umum mungkin bertanya kenapa baru kini lapuran polis tersebut baru dibuat ? dan tiada kena mengena dengan pertuduhan liwat yang yang berlaku keatasnya ? Kesan dari aduan polis itu menyebabkan Musa Hassan dan Gani Patail tidak boleh lagi melakukan kerja kerja terkutuk untuk konspirasi II 2008.Serentak dengan itu juga DSAI telah menyaman Saiful RM 1 juta. Ini tidak berlaku pada Najib dan Rosmah yang tidak menyaman RPK. Umum bertanya kenapa Najib tidak menyaman RPK ?

Tiba tiba kita semua dikejutkan dengan berita Pengarah Imigrisen dan Timbalannya ditahan BPR atas tuduhan rasuah berhubung dengan pengeluaran visa kepada pekerja asing. Apakah kita semua menyangka pegawai pegawai BPR tidak menyoal kepada mereka berdua tentang bagaimana nama Altantuya boleh hilang dari senarai pelawat yang masuk ke Malaysia.

Kemudian tiba giliran Musa Hassan dan Gani Patail disoal siasat BPR dan dalam masa yang sama kerajaan mengumumkan BPR telah diberi lebih kuasa untuk mendakwa sesaorang yang melakukan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan tanpa merujuk kepada Peguam Negara. Tentunya BPR mempunyai rekod Musa Hassan bagaimana hubungannya dengan B.CK Tan ketua triad samseng.

Walaupun tiada pertuduhan terhadap mereka berdua namun wajah Musa kelihatan tidak ceria sebagaimana wajah Pengarah Imigrisen yang memberitahu wartawan bagaimana baik dan profesionalnya BPR melayannya ketika disoal siasat. Pengarah Imigrisen itu dibebaskan dengan ikat jamin RM 150K dan timbalannya masih ditahan. Bakri Zinin dan pegawai pegawainya telah pun menjalankan penyiasatan terhadap kes liwat DSAI tanpa campurtangan Musa Hassan. Mereka memilih tarikh menahan DSAI apabila Musa Hassan berada di Brunei. Sedikit kekasaran semasa menahan DSAI adalah pelengkap kepada perjalanan cerita kes. Jangan sampai umum menghidu sesuatu yang janggal. DSAI dikehendaki datang semula pada 18 Ogos depan.

Musa Hassan sendiri tidak diberi taklimat lengkap bagaimana operasi menahan DSAI dibuat sehingga dia sendiri tidak tahu anggota unit khasnya memakai topeng atau tidak apabila ditanya oleh wartawan. Ini menunjukkan Musa Hassan sudah dikesampingkan oleh pegawai pegawai bawahannya dan benar benar tersisih dari mereka.. Musa Hassan pastinya menerima amaran dari BPR agar tidak mengendalikan urusan penyiasatan terhadap DSAI dengan cara yang kotor dan melibatkan perkara perkara yang tidak benar.

Hanya yang masih menjadi misteri ialah kenapa Bala masih tidak muncul dan masih dalam parol polis. Pak Lah awal awal lagi telah melepaskan KDN kepada Hamid Albar tidak seperti sebelumnya PM mestilah menjaga KDN. Kita perlu lihat perjalanan dan hasil siasatan polis terhadap RPK. Jika RPK bertegas tidak akan mendedahkan nama sumber akuan bersumpahnya kecuali didalam mahkamah pihak polis tiada pilihan lain melainkan melakukan pertuduhan terhadap RPK. Jika ini terjadi kita akan menyaksikan bahawa perjalanan perbicaraan pembunuhan Altantuya yang sedang berlangsung sekarang ini yang didakwa seperti wayang kulit tidak lagi mampu meneruskan tayangannya. Perbicaraan yang baru akan mengesahkan bahawa pendakwa dan peguambela yang terlibat dalam wayang kulit I adalah individi individu yang mempermain mainkan Rukun Negara. Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang Undang. Inilah warisan krisis kehakiman yang di tinggalkan oleh wira dunia ke 3.....ayahanda Tun Dr Mahathir.

Monday, July 21, 2008

Perang Siffin dan Muzakarah UMNO/PAS

Satu peristiwa menarik mengenai peperangan ini ialah walaupun tentera Sayyidina Ali bin Abi Talib hampir mencapai kemenangan, tetapi oleh kerana tentera Muawiyah mengangkat Al-Quran mengajak berdamai, beliau menghentikan peperangan tersebut dan memulakan proses perundingan. Sayyidina Ali bin Abi Thalib tertipu dan Muawiyah telah menang dalam peperangan itu.

Dalam keadaan UMNO terhoyong hayang selepas menerima pukulan teruk dari Pakatan Rakyat selepas PRU 12 tiba tiba sahaja UMNO bersungguh sungguh untuk mengadakan muzakarah walau pun idea asal datangnya dari Tuan Guru Hj Hadi Awang. Isunya adalah agama Islam dan bangsa Melayu. Perbezaannya tentera Muawiyah yang mengangkat Al-Quran yang didalamnya tidak terdapat pengkisahan bangsa Melayu tetapi Muzakarah UMNO dan PAS ialah Islam dan bangsa Melayu. Itu saja bezanya. PAS akan bermuzakarah dengan pakar penipu. Pengumuman Pak Lah bahawa pertemuan sudah di buat sebanyak 3 kali membuktikan bahawa teori perang Siffin sedang berlaku.

Bedeboommmm……prennngg..poong pang..…bunyi letupan halalintar membelah bumi. Sejak bila PAS memperjuangkan kepentingan bangsa? ?? bukankah PAS FOR ALL. Lain lah kalau muzakarah itu agendanya agama Islam dan rakyat Malaysia. Ada baiknya dalam kekalutan iklim politik di kedua dua belah pihak, pimpinan tertinggi PAS kembali di meja rundingan untuk berbincang kenapa perlunya muzakarah UMNO-PAS ini di KIV (Keep In View). Keadaan belum terlambat. Hanya dengan berita ini saja walaupun muzakarah belum berlangsung membuat jutaan hati rakyat remuk redam. Untuk memulihnya kembali maka tindakan KIV adalah terbaik sekali.

Selesai sahaja perbincangan sesama sendiri, pimpinan PAS perlu kembali kemeja rundingan bersama pakatan rakyat nyatakan kenapa tindakan ini diambil …apa sebabnya? ?? Ini lah natijahnya apabila sebuah pakatan yang sudah mampu memerintah 5+1 negeri tidak mempunyai ketua. Bijak sangatkah tindakan begini hingga mampu di ambil kesempatan oleh musuh. Bukankah rakyat diberitahu sebelum pilihanraya bahawa jika pakatan rakyat memerintah PAS, PKR dan DAP bersetuju Dato` Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Mana pergi itu semua? ??

PKR dan DAP juga perlu melihat kelemahan sendiri adakah kerana kerusi yang dimenangi oleh PAS kurang sedikit maka PAS di diketepikan dalam banyak perkara, sehingga PAS bertindak begini. Walaupun bumbung Putra Jaya sudah kelihatan tetapi lihatlah kebelakang jasa jasa PAS berjuang untuk demokrasi dengan mendukung Islam bersamanya. Islam tidak memaksa kaum Tionghua di Malaysia menganut agama Islam tetapi pemimpin DAP perlu bertanya kepada kaum Tionghua yang memilih Islam dalam hidupnya. PAS,PKR dan DAP mesti kembali kemeja rundingan dan nyatakan apa yang tidak puas hati dikalangan anda semua. PAS bukannya tidak boleh bermuzakarah dengan UMNO tetapi tunggu dulu sehingga mendapat kuasa kerajaan pusat. Masa itu bermuzakarahlah apa yang hendak dimuzakarahkan. Kenapa muzakarah ini tidak berlaku dikala mereka boleh berdiri tegap? ??PAS, PKR dan DAP.... rakyat sedang merhatikan anda semua. Anda menang kerana siapa ? ?? Ahli ahli parti anda tidak akan meninggalkan parti dalam apa jua keadaan tetapi bagaimana dengan rakyat yang memilih anda dahulu? ??

Bukankah sebelum ini basah bibir anda menyebut RAKYAT…RAKYAT…RAKYAT

Che Det: Reverse Psychology


Saya petik kata kata Che Det di blognya:-

`adakah Kerajaan sekarang sebegitu bodoh dan tidak mempunyai daya imaginasi untuk menggunakan "taktik" yang sama terutamanya memandang kepada sikapnya yang kritikal terhadap Kerajaan dahulu? Pastinya ia mampu untuk menggunakan cerita lain yang lebih meyakinkan jika ia memang merancang ataupun berkonspirasi terhadap Anwar. Ada kebarangkalian bahawa ceritanya sama kerana ianya benar`.

Menunjukkan satu lagi `reverse psychology` dari Che Det.

Jika cerita lain digunapakai ternyata umum tidak mempercayainya dan dengan mudah dapat menghidu bahawa ianya adalah satu konspirasi tetapi apabila cerita yang sama dilakukan lagi ia nampak `seolah olah benar` terutama pada ayat `adakah Kerajaan sekarang sebegitu bodoh`kemudian konspirator meletakkan bebanan itu ke bahu kerajaan (baca Pak Lah)Ini lah yang dikatakan Che Det seorang pakar membaling sebiji batu untuk membunuh 2 ekor burung.

Tabiat Che Det yang pakar membaling sebiji batu untuk membunuh 2 ekor burung telah diceritakan oleh seorang bekas hakim Azmi di Buletin Utama TV 3.

Najib telah berjumpa dengan Che Det walaupun dihalang oleh Pak Lah pada mulanya. Selepas pertemuan tersebut maka berita Saiful membuat lapuran polis pun tersebar. Jangan abaikan Tengku Adnan kerana dia telah menerima misi khas Mahathir sebaik sahaja keputusan pru 12 selesai diumumkan.

Surat terbuka untuk Perdana Menteri

Assalamua`laikum w.b.t

Dato` Seri yang saya hormati….

Saya adalah seoarang rakyat Malaysia yang tidak menganggotai mana mana parti politik tetapi telah menjadi pengundi setia PAS. Tahun 2004 dan tahun ini 2008 saya telah mengundi parti DAP disebabkan lokaliti pengundian saya. Idola saya ialah Tuan Guru Dato` Nik Aziz Nik Mat – Menteri Besar Kelantan.

Banyak suara suara yang mendesak supaya Dato` Seri mengundurkan diri atau meletakan jawatan samada dari parti UMNO sendiri dan juga dari Barisan Rakyat. Saya sebagai penyokong Barisan Rakyat memohon Dato` Seri tidak perlu mengundur diri sekarang kerana negara Malaysia belum lagi mengamalkan demokrasi sebenar. Saya memohon supaya Dato` Seri menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Barisan Rakyat secara bermaruah dalam sistem demokrasi sebenar.

Sementara masih ada masa…mulai sekarang Dato` Seri mesti merombak, meminda dan memperbaharui sistem dan keanggotaan Suruhanjaya Pilihanraya secara keseluruhan. Ini perlu untuk Barisan Rakyat dan Barisan Nasional dapat bertanding diatas padang yang sama rata., agar dapat membina sebuah kerajaan yang benar benar bermaruah dan berdaulat….yang naik memerintah hasil dari sistem demokrasi yang telah di pulihkan. Rombakan besar besaran ini mesti melibatkan wakil wakil dari kerajaan negeri Kelantan, Kedah, P.Pinang, Selangor dan W.P Kuala Lumpur. Dato` Seri tidak boleh membuat rombakan secara sendirian oleh kerajaan BN tanpa melibatkan kami.

Dato` Seri tidak perlu bimbang dengan tindakan yang tidak popular ini yang akan ditentang oleh UMNO dan kerabat BN nya. Manakah lebih utama kepentingan UMNO dan kerabat BN nya atau kepentingan agama, bangsa dan Negara Malaysia. ? ??

Jika tidak dilakukan sekarang Dato Seri` akan menghadapi 2 perkara…

Dijatuhkan oleh musuh dalaman secara kotor atau
Menghadapi Barisan Rakyat pada pilihanraya akan datang

Kemaraan Barisan Rakyat tidak boleh dihalang lagi kerana keputusan pilihanraya yang baru baru ini membuktikan Perlis dan Terengganu sebenarnya sudah dikuasai oleh kerajaan Barisan Rakyat. Kami hanya menerima kekalahan kami di negeri Melaka, N.Sembilan, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak….tetapi kami tidak dapat menerima kekalahan kami di Perlis dan Terengganu., Parlimen Pekan dan Parlimen Kuala Kangsar. Oleh itu kami yakin kerajaan Barisan Nasional pasti akan digantikan dengan kerajaan Barisan Rakyat pada masa kan datang. Seluruh dunia tahu demokrasi Malaysia sebenarnya penuh kepincangan seperti yang disebut oleh Al-Jazeera…`democracy ala Malaysian`.

Hanya Menteri Penerangan waktu itu sahaja yang masih mahu menjerit ke gegendang telinga rakyat bahawa demokrasi Malaysia adalah yang terbaik.
Jangan memberi alasan kemenangan kami di 5 negeri dan W.P Kuala Lumpur menunjukkan Malaysia mengamalkan demokrasi. Mafrel telah menarik diri dari menjadi pemerhati pilihanraya kerana perjalanannya penuh kepincangan. Tuntutan 4 perkara BERSIH mesti dilakukan pada tahun ini juga.

Kalau presiden Soviet Union…Mikhail Gorbachev telah memperkenalkan Glasnost dan Perestroika yang membawa kepada pembaharuan kebebasan negaranya kenapa tidak Dato` juga membuat sesuatu yang membawa pembaharuan kepada negara ini, terutama 4 perkara tuntutan BERSIH., pasti Dato` Seri akan dikenang oleh generasi akan datang.

Dato` pasti tidak berupaya untuk membuat pembaharuan sebagaimana yang dibuat oleh Barisan Rakyat kerana kewibawaan pemimpin Barisan Rakyat dan Barisan Nasional berbeza.
Pemimpin Barisan Nasional terpalit dengan bermacam macam skandal dan korupsi manakala Pemimpin Barisan Rakyat masih bersih.

Kerajaan negeri Kelantan akan menjadi model kepada keempat empat negeri dan W.P Kuala Lumpur berhubung pntadbiran yang zero rasuah. Tuan Guru Dato` Nik Aziz Nik Mat akan menjadi model seorang Menteri Besar. Adakah menteri bersih rasuah dalam UMNO/BN? ??
Oleh itu serahkanlah kuasa kepada kami pada pilihanraya yang benar benar bersih dan adil pada PRU ke 13. Bertindaklah pada hari ini juga.

Tidak perlu memikirkan pasal UMNO lagi kerana UMNO Baru yang dihidupkan oleh Tun Mahathir sebenarnya sudah tidak ada roh perjuangan agama, bangsa dan negara melainkan yang tinggal hanyalah wang dan kuasa.