Tuesday, July 22, 2008

Altantuya: Penjalanan ke Putra Jaya

Bakri Zenin sendiri memberitahu kedua dua akuan bersumpah Bala tetap disiasat, dan bukannya akuan bersumpah yang kedua sahaja yang tidak melibatkan nama Najib. Musa Hassan masih boleh memberi arahan terhadap Bakri Zenin tetapi bukanlah arahan konspirasi. Sanggupkah Bakri Zenin bersama sama pegawai yang lain bersekongkol dengan Musa Hassan semata mata untuk menyelamatkan Najib? atau Musa Hassan sanggup membuka mulut memberi arahan kepada Zenin untuk menjalankan kerja kerja kotor seperti yang berlaku pada tahun 1998. Sanggupkah Bakri Zenin pula berhadapan dengan BPR apabila mengetahui bossnya juga terpaksa berhadapan dengan BPR dan dalam masa yang sama kerajaan mengumumkan BPR telah diberi lebih kuasa untuk mendakwa. sesorang yang melakukan kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan tanpa merujuk kepada Peguam Negara. Raja Petra juga bertegas untuk tidak memberi maklumat sumbernya kepada pihak polis kecuali didalam mahkamah.

Najib yang terlalu yakin dengan Musa Hassan dan Gani Patail telah bertindak terburu buru melancarkan serangan terhadap DSAI berpandukan maklumat yang salah dari Saiful dan Kuda Trojan II. Kuda Trojan II adalah double agent diantara peperangan 3 penjuru. Najib, Anwar dan Kuda Trojan I. Keputusan diambil oleh Najib untuk menyerang DSAI apabila akuan bersumpah RPK didedahkan kepada umum. DSAI telah bertindak bijak dengan serta merta membuat aduan polis terhadap Musa Hassan dan Gani Patail berhubung pemalsuan lapuran perubatan kecederaan beliau yang berlaku pada tahun 1998. Umum mungkin bertanya kenapa baru kini lapuran polis tersebut baru dibuat ? dan tiada kena mengena dengan pertuduhan liwat yang yang berlaku keatasnya ? Kesan dari aduan polis itu menyebabkan Musa Hassan dan Gani Patail tidak boleh lagi melakukan kerja kerja terkutuk untuk konspirasi II 2008.Serentak dengan itu juga DSAI telah menyaman Saiful RM 1 juta. Ini tidak berlaku pada Najib dan Rosmah yang tidak menyaman RPK. Umum bertanya kenapa Najib tidak menyaman RPK ?

Tiba tiba kita semua dikejutkan dengan berita Pengarah Imigrisen dan Timbalannya ditahan BPR atas tuduhan rasuah berhubung dengan pengeluaran visa kepada pekerja asing. Apakah kita semua menyangka pegawai pegawai BPR tidak menyoal kepada mereka berdua tentang bagaimana nama Altantuya boleh hilang dari senarai pelawat yang masuk ke Malaysia.

Kemudian tiba giliran Musa Hassan dan Gani Patail disoal siasat BPR dan dalam masa yang sama kerajaan mengumumkan BPR telah diberi lebih kuasa untuk mendakwa sesaorang yang melakukan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan tanpa merujuk kepada Peguam Negara. Tentunya BPR mempunyai rekod Musa Hassan bagaimana hubungannya dengan B.CK Tan ketua triad samseng.

Walaupun tiada pertuduhan terhadap mereka berdua namun wajah Musa kelihatan tidak ceria sebagaimana wajah Pengarah Imigrisen yang memberitahu wartawan bagaimana baik dan profesionalnya BPR melayannya ketika disoal siasat. Pengarah Imigrisen itu dibebaskan dengan ikat jamin RM 150K dan timbalannya masih ditahan. Bakri Zinin dan pegawai pegawainya telah pun menjalankan penyiasatan terhadap kes liwat DSAI tanpa campurtangan Musa Hassan. Mereka memilih tarikh menahan DSAI apabila Musa Hassan berada di Brunei. Sedikit kekasaran semasa menahan DSAI adalah pelengkap kepada perjalanan cerita kes. Jangan sampai umum menghidu sesuatu yang janggal. DSAI dikehendaki datang semula pada 18 Ogos depan.

Musa Hassan sendiri tidak diberi taklimat lengkap bagaimana operasi menahan DSAI dibuat sehingga dia sendiri tidak tahu anggota unit khasnya memakai topeng atau tidak apabila ditanya oleh wartawan. Ini menunjukkan Musa Hassan sudah dikesampingkan oleh pegawai pegawai bawahannya dan benar benar tersisih dari mereka.. Musa Hassan pastinya menerima amaran dari BPR agar tidak mengendalikan urusan penyiasatan terhadap DSAI dengan cara yang kotor dan melibatkan perkara perkara yang tidak benar.

Hanya yang masih menjadi misteri ialah kenapa Bala masih tidak muncul dan masih dalam parol polis. Pak Lah awal awal lagi telah melepaskan KDN kepada Hamid Albar tidak seperti sebelumnya PM mestilah menjaga KDN. Kita perlu lihat perjalanan dan hasil siasatan polis terhadap RPK. Jika RPK bertegas tidak akan mendedahkan nama sumber akuan bersumpahnya kecuali didalam mahkamah pihak polis tiada pilihan lain melainkan melakukan pertuduhan terhadap RPK. Jika ini terjadi kita akan menyaksikan bahawa perjalanan perbicaraan pembunuhan Altantuya yang sedang berlangsung sekarang ini yang didakwa seperti wayang kulit tidak lagi mampu meneruskan tayangannya. Perbicaraan yang baru akan mengesahkan bahawa pendakwa dan peguambela yang terlibat dalam wayang kulit I adalah individi individu yang mempermain mainkan Rukun Negara. Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang Undang. Inilah warisan krisis kehakiman yang di tinggalkan oleh wira dunia ke 3.....ayahanda Tun Dr Mahathir.

Monday, July 21, 2008

Perang Siffin dan Muzakarah UMNO/PAS

Satu peristiwa menarik mengenai peperangan ini ialah walaupun tentera Sayyidina Ali bin Abi Talib hampir mencapai kemenangan, tetapi oleh kerana tentera Muawiyah mengangkat Al-Quran mengajak berdamai, beliau menghentikan peperangan tersebut dan memulakan proses perundingan. Sayyidina Ali bin Abi Thalib tertipu dan Muawiyah telah menang dalam peperangan itu.

Dalam keadaan UMNO terhoyong hayang selepas menerima pukulan teruk dari Pakatan Rakyat selepas PRU 12 tiba tiba sahaja UMNO bersungguh sungguh untuk mengadakan muzakarah walau pun idea asal datangnya dari Tuan Guru Hj Hadi Awang. Isunya adalah agama Islam dan bangsa Melayu. Perbezaannya tentera Muawiyah yang mengangkat Al-Quran yang didalamnya tidak terdapat pengkisahan bangsa Melayu tetapi Muzakarah UMNO dan PAS ialah Islam dan bangsa Melayu. Itu saja bezanya. PAS akan bermuzakarah dengan pakar penipu. Pengumuman Pak Lah bahawa pertemuan sudah di buat sebanyak 3 kali membuktikan bahawa teori perang Siffin sedang berlaku.

Bedeboommmm……prennngg..poong pang..…bunyi letupan halalintar membelah bumi. Sejak bila PAS memperjuangkan kepentingan bangsa? ?? bukankah PAS FOR ALL. Lain lah kalau muzakarah itu agendanya agama Islam dan rakyat Malaysia. Ada baiknya dalam kekalutan iklim politik di kedua dua belah pihak, pimpinan tertinggi PAS kembali di meja rundingan untuk berbincang kenapa perlunya muzakarah UMNO-PAS ini di KIV (Keep In View). Keadaan belum terlambat. Hanya dengan berita ini saja walaupun muzakarah belum berlangsung membuat jutaan hati rakyat remuk redam. Untuk memulihnya kembali maka tindakan KIV adalah terbaik sekali.

Selesai sahaja perbincangan sesama sendiri, pimpinan PAS perlu kembali kemeja rundingan bersama pakatan rakyat nyatakan kenapa tindakan ini diambil …apa sebabnya? ?? Ini lah natijahnya apabila sebuah pakatan yang sudah mampu memerintah 5+1 negeri tidak mempunyai ketua. Bijak sangatkah tindakan begini hingga mampu di ambil kesempatan oleh musuh. Bukankah rakyat diberitahu sebelum pilihanraya bahawa jika pakatan rakyat memerintah PAS, PKR dan DAP bersetuju Dato` Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Mana pergi itu semua? ??

PKR dan DAP juga perlu melihat kelemahan sendiri adakah kerana kerusi yang dimenangi oleh PAS kurang sedikit maka PAS di diketepikan dalam banyak perkara, sehingga PAS bertindak begini. Walaupun bumbung Putra Jaya sudah kelihatan tetapi lihatlah kebelakang jasa jasa PAS berjuang untuk demokrasi dengan mendukung Islam bersamanya. Islam tidak memaksa kaum Tionghua di Malaysia menganut agama Islam tetapi pemimpin DAP perlu bertanya kepada kaum Tionghua yang memilih Islam dalam hidupnya. PAS,PKR dan DAP mesti kembali kemeja rundingan dan nyatakan apa yang tidak puas hati dikalangan anda semua. PAS bukannya tidak boleh bermuzakarah dengan UMNO tetapi tunggu dulu sehingga mendapat kuasa kerajaan pusat. Masa itu bermuzakarahlah apa yang hendak dimuzakarahkan. Kenapa muzakarah ini tidak berlaku dikala mereka boleh berdiri tegap? ??PAS, PKR dan DAP.... rakyat sedang merhatikan anda semua. Anda menang kerana siapa ? ?? Ahli ahli parti anda tidak akan meninggalkan parti dalam apa jua keadaan tetapi bagaimana dengan rakyat yang memilih anda dahulu? ??

Bukankah sebelum ini basah bibir anda menyebut RAKYAT…RAKYAT…RAKYAT

Che Det: Reverse Psychology


Saya petik kata kata Che Det di blognya:-

`adakah Kerajaan sekarang sebegitu bodoh dan tidak mempunyai daya imaginasi untuk menggunakan "taktik" yang sama terutamanya memandang kepada sikapnya yang kritikal terhadap Kerajaan dahulu? Pastinya ia mampu untuk menggunakan cerita lain yang lebih meyakinkan jika ia memang merancang ataupun berkonspirasi terhadap Anwar. Ada kebarangkalian bahawa ceritanya sama kerana ianya benar`.

Menunjukkan satu lagi `reverse psychology` dari Che Det.

Jika cerita lain digunapakai ternyata umum tidak mempercayainya dan dengan mudah dapat menghidu bahawa ianya adalah satu konspirasi tetapi apabila cerita yang sama dilakukan lagi ia nampak `seolah olah benar` terutama pada ayat `adakah Kerajaan sekarang sebegitu bodoh`kemudian konspirator meletakkan bebanan itu ke bahu kerajaan (baca Pak Lah)Ini lah yang dikatakan Che Det seorang pakar membaling sebiji batu untuk membunuh 2 ekor burung.

Tabiat Che Det yang pakar membaling sebiji batu untuk membunuh 2 ekor burung telah diceritakan oleh seorang bekas hakim Azmi di Buletin Utama TV 3.

Najib telah berjumpa dengan Che Det walaupun dihalang oleh Pak Lah pada mulanya. Selepas pertemuan tersebut maka berita Saiful membuat lapuran polis pun tersebar. Jangan abaikan Tengku Adnan kerana dia telah menerima misi khas Mahathir sebaik sahaja keputusan pru 12 selesai diumumkan.

Surat terbuka untuk Perdana Menteri

Assalamua`laikum w.b.t

Dato` Seri yang saya hormati….

Saya adalah seoarang rakyat Malaysia yang tidak menganggotai mana mana parti politik tetapi telah menjadi pengundi setia PAS. Tahun 2004 dan tahun ini 2008 saya telah mengundi parti DAP disebabkan lokaliti pengundian saya. Idola saya ialah Tuan Guru Dato` Nik Aziz Nik Mat – Menteri Besar Kelantan.

Banyak suara suara yang mendesak supaya Dato` Seri mengundurkan diri atau meletakan jawatan samada dari parti UMNO sendiri dan juga dari Barisan Rakyat. Saya sebagai penyokong Barisan Rakyat memohon Dato` Seri tidak perlu mengundur diri sekarang kerana negara Malaysia belum lagi mengamalkan demokrasi sebenar. Saya memohon supaya Dato` Seri menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Barisan Rakyat secara bermaruah dalam sistem demokrasi sebenar.

Sementara masih ada masa…mulai sekarang Dato` Seri mesti merombak, meminda dan memperbaharui sistem dan keanggotaan Suruhanjaya Pilihanraya secara keseluruhan. Ini perlu untuk Barisan Rakyat dan Barisan Nasional dapat bertanding diatas padang yang sama rata., agar dapat membina sebuah kerajaan yang benar benar bermaruah dan berdaulat….yang naik memerintah hasil dari sistem demokrasi yang telah di pulihkan. Rombakan besar besaran ini mesti melibatkan wakil wakil dari kerajaan negeri Kelantan, Kedah, P.Pinang, Selangor dan W.P Kuala Lumpur. Dato` Seri tidak boleh membuat rombakan secara sendirian oleh kerajaan BN tanpa melibatkan kami.

Dato` Seri tidak perlu bimbang dengan tindakan yang tidak popular ini yang akan ditentang oleh UMNO dan kerabat BN nya. Manakah lebih utama kepentingan UMNO dan kerabat BN nya atau kepentingan agama, bangsa dan Negara Malaysia. ? ??

Jika tidak dilakukan sekarang Dato Seri` akan menghadapi 2 perkara…

Dijatuhkan oleh musuh dalaman secara kotor atau
Menghadapi Barisan Rakyat pada pilihanraya akan datang

Kemaraan Barisan Rakyat tidak boleh dihalang lagi kerana keputusan pilihanraya yang baru baru ini membuktikan Perlis dan Terengganu sebenarnya sudah dikuasai oleh kerajaan Barisan Rakyat. Kami hanya menerima kekalahan kami di negeri Melaka, N.Sembilan, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak….tetapi kami tidak dapat menerima kekalahan kami di Perlis dan Terengganu., Parlimen Pekan dan Parlimen Kuala Kangsar. Oleh itu kami yakin kerajaan Barisan Nasional pasti akan digantikan dengan kerajaan Barisan Rakyat pada masa kan datang. Seluruh dunia tahu demokrasi Malaysia sebenarnya penuh kepincangan seperti yang disebut oleh Al-Jazeera…`democracy ala Malaysian`.

Hanya Menteri Penerangan waktu itu sahaja yang masih mahu menjerit ke gegendang telinga rakyat bahawa demokrasi Malaysia adalah yang terbaik.
Jangan memberi alasan kemenangan kami di 5 negeri dan W.P Kuala Lumpur menunjukkan Malaysia mengamalkan demokrasi. Mafrel telah menarik diri dari menjadi pemerhati pilihanraya kerana perjalanannya penuh kepincangan. Tuntutan 4 perkara BERSIH mesti dilakukan pada tahun ini juga.

Kalau presiden Soviet Union…Mikhail Gorbachev telah memperkenalkan Glasnost dan Perestroika yang membawa kepada pembaharuan kebebasan negaranya kenapa tidak Dato` juga membuat sesuatu yang membawa pembaharuan kepada negara ini, terutama 4 perkara tuntutan BERSIH., pasti Dato` Seri akan dikenang oleh generasi akan datang.

Dato` pasti tidak berupaya untuk membuat pembaharuan sebagaimana yang dibuat oleh Barisan Rakyat kerana kewibawaan pemimpin Barisan Rakyat dan Barisan Nasional berbeza.
Pemimpin Barisan Nasional terpalit dengan bermacam macam skandal dan korupsi manakala Pemimpin Barisan Rakyat masih bersih.

Kerajaan negeri Kelantan akan menjadi model kepada keempat empat negeri dan W.P Kuala Lumpur berhubung pntadbiran yang zero rasuah. Tuan Guru Dato` Nik Aziz Nik Mat akan menjadi model seorang Menteri Besar. Adakah menteri bersih rasuah dalam UMNO/BN? ??
Oleh itu serahkanlah kuasa kepada kami pada pilihanraya yang benar benar bersih dan adil pada PRU ke 13. Bertindaklah pada hari ini juga.

Tidak perlu memikirkan pasal UMNO lagi kerana UMNO Baru yang dihidupkan oleh Tun Mahathir sebenarnya sudah tidak ada roh perjuangan agama, bangsa dan negara melainkan yang tinggal hanyalah wang dan kuasa.