Monday, July 21, 2008

Surat terbuka untuk Perdana Menteri

Assalamua`laikum w.b.t

Dato` Seri yang saya hormati….

Saya adalah seoarang rakyat Malaysia yang tidak menganggotai mana mana parti politik tetapi telah menjadi pengundi setia PAS. Tahun 2004 dan tahun ini 2008 saya telah mengundi parti DAP disebabkan lokaliti pengundian saya. Idola saya ialah Tuan Guru Dato` Nik Aziz Nik Mat – Menteri Besar Kelantan.

Banyak suara suara yang mendesak supaya Dato` Seri mengundurkan diri atau meletakan jawatan samada dari parti UMNO sendiri dan juga dari Barisan Rakyat. Saya sebagai penyokong Barisan Rakyat memohon Dato` Seri tidak perlu mengundur diri sekarang kerana negara Malaysia belum lagi mengamalkan demokrasi sebenar. Saya memohon supaya Dato` Seri menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Barisan Rakyat secara bermaruah dalam sistem demokrasi sebenar.

Sementara masih ada masa…mulai sekarang Dato` Seri mesti merombak, meminda dan memperbaharui sistem dan keanggotaan Suruhanjaya Pilihanraya secara keseluruhan. Ini perlu untuk Barisan Rakyat dan Barisan Nasional dapat bertanding diatas padang yang sama rata., agar dapat membina sebuah kerajaan yang benar benar bermaruah dan berdaulat….yang naik memerintah hasil dari sistem demokrasi yang telah di pulihkan. Rombakan besar besaran ini mesti melibatkan wakil wakil dari kerajaan negeri Kelantan, Kedah, P.Pinang, Selangor dan W.P Kuala Lumpur. Dato` Seri tidak boleh membuat rombakan secara sendirian oleh kerajaan BN tanpa melibatkan kami.

Dato` Seri tidak perlu bimbang dengan tindakan yang tidak popular ini yang akan ditentang oleh UMNO dan kerabat BN nya. Manakah lebih utama kepentingan UMNO dan kerabat BN nya atau kepentingan agama, bangsa dan Negara Malaysia. ? ??

Jika tidak dilakukan sekarang Dato Seri` akan menghadapi 2 perkara…

Dijatuhkan oleh musuh dalaman secara kotor atau
Menghadapi Barisan Rakyat pada pilihanraya akan datang

Kemaraan Barisan Rakyat tidak boleh dihalang lagi kerana keputusan pilihanraya yang baru baru ini membuktikan Perlis dan Terengganu sebenarnya sudah dikuasai oleh kerajaan Barisan Rakyat. Kami hanya menerima kekalahan kami di negeri Melaka, N.Sembilan, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak….tetapi kami tidak dapat menerima kekalahan kami di Perlis dan Terengganu., Parlimen Pekan dan Parlimen Kuala Kangsar. Oleh itu kami yakin kerajaan Barisan Nasional pasti akan digantikan dengan kerajaan Barisan Rakyat pada masa kan datang. Seluruh dunia tahu demokrasi Malaysia sebenarnya penuh kepincangan seperti yang disebut oleh Al-Jazeera…`democracy ala Malaysian`.

Hanya Menteri Penerangan waktu itu sahaja yang masih mahu menjerit ke gegendang telinga rakyat bahawa demokrasi Malaysia adalah yang terbaik.
Jangan memberi alasan kemenangan kami di 5 negeri dan W.P Kuala Lumpur menunjukkan Malaysia mengamalkan demokrasi. Mafrel telah menarik diri dari menjadi pemerhati pilihanraya kerana perjalanannya penuh kepincangan. Tuntutan 4 perkara BERSIH mesti dilakukan pada tahun ini juga.

Kalau presiden Soviet Union…Mikhail Gorbachev telah memperkenalkan Glasnost dan Perestroika yang membawa kepada pembaharuan kebebasan negaranya kenapa tidak Dato` juga membuat sesuatu yang membawa pembaharuan kepada negara ini, terutama 4 perkara tuntutan BERSIH., pasti Dato` Seri akan dikenang oleh generasi akan datang.

Dato` pasti tidak berupaya untuk membuat pembaharuan sebagaimana yang dibuat oleh Barisan Rakyat kerana kewibawaan pemimpin Barisan Rakyat dan Barisan Nasional berbeza.
Pemimpin Barisan Nasional terpalit dengan bermacam macam skandal dan korupsi manakala Pemimpin Barisan Rakyat masih bersih.

Kerajaan negeri Kelantan akan menjadi model kepada keempat empat negeri dan W.P Kuala Lumpur berhubung pntadbiran yang zero rasuah. Tuan Guru Dato` Nik Aziz Nik Mat akan menjadi model seorang Menteri Besar. Adakah menteri bersih rasuah dalam UMNO/BN? ??
Oleh itu serahkanlah kuasa kepada kami pada pilihanraya yang benar benar bersih dan adil pada PRU ke 13. Bertindaklah pada hari ini juga.

Tidak perlu memikirkan pasal UMNO lagi kerana UMNO Baru yang dihidupkan oleh Tun Mahathir sebenarnya sudah tidak ada roh perjuangan agama, bangsa dan negara melainkan yang tinggal hanyalah wang dan kuasa.

No comments: