Friday, August 22, 2008

Sekali karam tidak akan timbul sampai bila bila


Tempuh berkempen yang sedang berlangsung di Permatang Pauh menyaksikan berbagai bagai peristiwa pelik dan janggal. Bukan setakat Permatang Pauh tempiasnya sampai ke Perak. Masa inilah semuanya di longgokan semata mata mahu DSAI gagal dalam PRK Permatang Pauh. Juadah atau hidangan diberi kepada rakyat Permatang Pauh sangat jelik dan menjengkelkan. Apakah UMNO berfikir dengan melakukan perbuatan jijik tersebut rakyat keseluruhan yang akan turun mengundi sewenang wenangnya akan memilih calun BN.

Sebaik sahaja selepas PRU XII yang lalu adakah mereka telah melakukan banyak perkara perkara yang membuat rakyat simpati kepada mereka. Apa yang mereka lakukan adalah provokasi demi provakasi keatas parti pilihan rakyat. Paling kuat di Selangor dan Perak.Kenaikan harga minyak adalah faktor yang membuat rakyat sangat sangat membenci parti yang bernama UMNO/BN.

Kini pada PRK Permatang Pauh semua kebaikan hendak dilonggokan serentak. Serangan peribadi terhadap DSAI oleh Najib, Ezam, Saiful dan beberapa nama lagi sebagai pemakan upah bukan sahaja tidak membantu kempen mereka malah membuat rakyat bertambah tambah membenci parti yang bernama UMNO/BN ini.

Mereka telah kalah di 5 negeri + 1. Jika kali ini mereka kalah lagi disusul pula tarikh 16 Sept maka UMNO akan lumpuh habis seluruh tubuh. Ini disebabkan kerosakan pada saraf tunjang dan lain lain saraf UMNO sudah sangat teruk sekali.

Saat itu kita akan melihat bagaimana singa jantan akan membaham anak anak jantannya sendiri kerana takut akan persaingan. Lihatlah apa yang terjadi kepada Che Det yang bertanggungjawab menghidupkan UMNO Baru. Sebaik sahaja patah taringnya...ia dilayan seperti anjing kurap di dalam partinya sendiri.

Jika UMNO tumbang kali ini siapakah pula individu yang akan bersusah payah berusaha untuk membina imej UMNO seperti di era pasca kemerdekaan dulu....jika jawapan TIDAK ADA atau sukar di cari maka UMNO akan terkubur terus. Apa sebabnya? ?? sebabnya ialah roh UMNO sudah lama mati...hanya jasadnya sekarang baru mati.

No comments: