Tuesday, August 5, 2008

Warkah untuk PM

Warkah untuk PM

Kepada Dato` Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi

Assalamua`laikum w.b.t

Dato` Seri yang saya hormati….

Tinggal hanya 22 bulan sahaja lagi untuk Dato` Seri menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada pengganti Dato` Seri. Setiap Perdana Menteri telah meninggalkan jasa kepada rakyatnya. Mereka diberi gelaran masing masing oleh rakyat diatas jasa jasa yang telah mereka tinggalkan. Gelaran `Bapa Pembaharuan` iaitu pembaharuan sebuah sistem demokrasi tulen adalah paling sesuai untuk Dato` Seri.

Presiden Russia Mikhail Gorbachev pemenang hadiah Nobel Keamanan 1990 dikenang oleh rakyat Russia hingga kehari ini kerana telah memperkenalkan Perestroika (pembaharuan dan penstrukturan semula ekonomi) dan Glasnost (dasar kebebasan, keterbukaan dan ketelusan kerajaan) , kini giliran Dato Seri` untuk melakukan semaksima mungkin `pembaharuan tulen` demi untuk rakyat Malaysia.

Hapuskan I.S.A,O.S.A dan A.U.K.U

Rombakan sepenuhnya Suruhanjaya Pilihanraya seperti

1. Penggunaan Dakwat Kekal,
2. Pembersihan Daftar Pemilih,
3. Pemansuhan Undi Pos,
4. Akses kepada Media.

Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia yang akan ditubuhkan tahun hadapan hendaklah diletakkan dibawah parlimen.

Segerakan perlaksanaan I.P.C.M.C yang telah terbantut itu. Berhubung perlaksanaan ini Gabungan Pegawai pegawai Kanan Polis pernah mengugut untuk mengundi pembangkang pada pilihanraya yang lalu jika ia dilaksanakan oleh kerajaan. Untuk kali ini Dato` Seri boleh katakan kepada mereka `Silakan`.


Pengasingan 3 kuasa dibawah ini diletakan dibawah kawal selia parlimen.

1. Kuasa Perundangan/Legislatif
2. Kuasa Eksekutif
3. Kuasa Kehakiman

Rombakan dan pembaharuan tulen ini memastikan mana mana pihak yang memerintah sekali pun maka rakyat tetap mendapat pembelaan dan keadilan. Pemergian Dato` Seri nanti biarlah ia akan dikenang oleh kami dan anak cucu kami sebagai insan yang telah benar benar membebaskan rakyat dari belengu pemerintahan kuku besi yang berselindung disebalik nama sebuah demokrasi.

Cukup untuk beberapa rombakan besar yang saya sebutkan untuk Dato` Seri lakukan sebelum Jun 2010, maka rombakan kecil akan datang dengan sendirinya yang akan dilakukan oleh pemimpin waktu itu.

Dato` Seri perhatikanlah sendiri kearah mana kehendak rakyat kita sekarang ini dan sekuat mana azam mereka untuk menuju kepada kedaulatan rakyat. Tembok penghalang perbezaan diantara mereka sudah pun dipecahkan. Hanya mereka yang sudah tidak relevan sahaja masih menyanyi lagu lagu lama.

No comments: