Thursday, August 7, 2008

Apabila bisul sudah pecah

Kalau di gugurkan terus pendakwaan tentulah si tukang buat kerja tak tahu nak jawap apa apa pada bossnya. DS Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin. Kes akan disebutkan semula pada tarikh 10 September depan di Mahkamah Tinggi untuk menetapkan tarikh perbicaraan. Dari awal awal lagi hanya pihak polis sahaja bersungguh sungguh dan beria ia. Bakri Zenin pun sudah tidak nampak mengadakan sidang media, kalau sebelum ini beliau dilihat begitu bersemangat sekali. Mungkin tim penyiasat juga sudah ditukar untuk mencari dan mengorek bukti kes Liwat II ini. Di pihak doktor pula tiada kerjasama yang diperolehi. Akuan bersumpah Dr Mohamed Osman Abdul Hamid doktor dari PUSRAWI menunjukkan betapa kes Liwat II yang dikatakan sebagai konspirasi untuk memusnahkan karier politik DS Anwar telah terbukti apabila beberapa perenggan dan perkataan dalam kenyataannya kepada polis telah ditambah. Begitu juga yang berlaku kepada kenyataan yang dibuat oleh penyiasat persendirian P.Balasubramaniam. Kerja kerja ubah,tambah dan pinda memang boleh diberi darjah +A1.
Blogger RPK mendakwa mempunyai rakaman video pengakuan seorang sahabat Saiful dalam pertemuan mereka bertiga iaitu DS Najib, Saiful dan beliau akan menyebabkan nanah bisul yang pecah ini akan meleleh leleh. Reverse Psychology yang dilakukan oleh Dr Mahathir dengan mengatakan `adakah kerajaan begitu bodoh dengan melakukan tektik yang sama` kalau benar mereka (kerajaan) hendak melakukan konspirasi sebenarnya telah memakan diri mereka sendiri. Konspirasi Liwat II ini akan mengalami nasib yang sama seperti konspirasi Liwat I malah lebih cepat dari itu kerana asyik asyik melibatkan doktor. Hati budi doktor tidak sama dengan hati budi Polis.
Kepala konspirator tidak berupaya mengubah massa kerana dunia maya tidak memberi ruang kepada kaki kelentong untuk meneruskan kerja kerja seperti di zaman ayahanda mereka dimana umat hanya diberi kitab Utusan Melayu dan berita RTM.

1 comment:

mountdweller said...

mereka memperbodohkan diri sendiri di khalayak sebenarnya!