Sunday, August 31, 2008

Pertahanan terakhir UMNO/BN...peduli apa orang kata


16 Sept tinggal 15 hari lagi.Kenyataan Pak Lah seolah olah membayangkan kekerasan akan digunakan sekiranya Pakatan Rakyat akan dianggotai oleh 30 MP dari BN. Pak lah berkata, ``kerajaan tidak akan sekali-kali membenarkan mandat rakyat dirampas daripada parti Barisan Nasional (BN) ``Pak Lah menyebut kerajaan dan bukannya BN. Pelan B,C dan D mesti dilaksanakan sekiranya pelan Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di halang oleh BN dengan cara yang tidak demokratik. Apakah semua rakyat penyokong Pakatan Rakyat sudah tahu akan hal ini. Jangan sekali kali menganggap perkara ini mudah dan berjalan lancar.
Pemimpin UMNO/BN pada mulanya menganggap ini semua adalah `perang saraf` Anwar sahaja. Diperingkat ini kita dapati mereka sudah berada di dalam keadaan tidak selesa dan kelam kabut. Kenyataan demi kenyataan dari mereka mestilah ditafsir secara terbalik. Anwar tidak relevan, keputusan PRK Permatang Pauh tidak jejaskan BN dan macam macam lagi.
Lihatlah bagaimana akurnya mereka terhadap kekuatan Anwar di Permatang Pauh apabila mendapat berita DSWA melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Walau pun begitu mereka tidak sesekali menyerah kalah melainkan mengunakan segala peluang yang ada untuk meranapkan perjuangan Anwar dan perjuangan rakyat.
Kini menjelang 16 Sep apakah kita berfikir mereka hanya berpeluk tubuh menunggu kedatangan 16 Sep sambil sesekali mengeluarkan kenyataan demi kenyataan. Apakah setakat itu sahaja tindakan mereka ? Tidak tahu kita semua apakah persediaan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat akan hal ini.

5 comments:

Anonymous said...

Yup.. BN sudah kalut sekarang

Unknown said...

setiap perkara yang baik demi kebaikan semua, mungkin ramai yang setuju kalaupun tak 100%. yang tak setuju tu mungkin ada 'some thing wrong' pada mereka itu.
perlakuan yang tak baik itu terserlah jadi ramai yang tidak mahu ianya berlaku berterusan lama kelamaan akan merosakkan ramai pihak.
seboleh-bolehnya perubahan itu di segerakan secepat mungkin, sebab jika melambatkan perkara yang baik itu akan jadi tidak baik itu berpanjangan.
wajib melaksanakan perkara baik itu segera.
menghalang berlaku kerosakan itu adalah wajib dan tanggungjawab bersama, dapat pahala ganjaran dari Allah.

pesan drp: cucu orang utan

Unknown said...

betul saudara, BN tidak akan melepaskan kuasanya dengan mudah. sebab kekuasaan BN adalah hidup mati pemimpinnya. Mereka akan gunakan apa saja kekuatan yang mereka ada. Mereka boleh gunakan polis pada bila-bila masa sahaja dengan mengistiharkan mageran. Itu jalan terakhir yang saya jangkakan.

bayangkan apa akan jadi kepada semua pemimpin yang korap dan bermasaalah baik di dalam politik dan pentadbiran atau pun di dalam pasukan polis dan tentera sekiranya PR dan DSAI berkuasa nanti. itulah sebabnya tun kepala taik awal-awal lagi sudah gabra. belum apa dah fikir nak berhijarah/ "lari" keluar negara. kalau dia rasa dia tak bersalah apa-apa kepada DSAI dan rakyat malaysia kenapa gundah gulana bila PR berura-ura nak takluki putrajaya?

mulai saat ini semua pendokong dan penyokong PR mesti merangka plan yang baik dan berkesan untuk counter apa-apa tindakan dari kerajaan BN. rencana dan pakailah pelan apa pun untuk berjaya. fikirlah dari A sehingga Z. bersedialah secara tektikal, seboleh-bolehnya jangan melibatkan fizikal.

Anonymous said...

Persediaaan Pakatan Rakyat?

Cari 30 MP BN secepat mungkin.. dateline 16 Sept.

Unknown said...

Tuan,

Tidak ada seorang pun manusia yang waras akan berdiam diri bila rumahnya cuba diruntuhkan orang.

Tuan juga tentu akan melawan dengan apa cara sekali pun!