
16 Sept tinggal 15 hari lagi.Kenyataan Pak Lah seolah olah membayangkan kekerasan akan digunakan sekiranya Pakatan Rakyat akan dianggotai oleh 30 MP dari BN. Pak lah berkata, ``kerajaan tidak akan sekali-kali membenarkan mandat rakyat dirampas daripada parti Barisan Nasional (BN) ``Pak Lah menyebut kerajaan dan bukannya BN. Pelan B,C dan D mesti dilaksanakan sekiranya pelan Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di halang oleh BN dengan cara yang tidak demokratik. Apakah semua rakyat penyokong Pakatan Rakyat sudah tahu akan hal ini. Jangan sekali kali menganggap perkara ini mudah dan berjalan lancar.
Pemimpin UMNO/BN pada mulanya menganggap ini semua adalah `perang saraf` Anwar sahaja. Diperingkat ini kita dapati mereka sudah berada di dalam keadaan tidak selesa dan kelam kabut. Kenyataan demi kenyataan dari mereka mestilah ditafsir secara terbalik. Anwar tidak relevan, keputusan PRK Permatang Pauh tidak jejaskan BN dan macam macam lagi.
Lihatlah bagaimana akurnya mereka terhadap kekuatan Anwar di Permatang Pauh apabila mendapat berita DSWA melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Walau pun begitu mereka tidak sesekali menyerah kalah melainkan mengunakan segala peluang yang ada untuk meranapkan perjuangan Anwar dan perjuangan rakyat.
Kini menjelang 16 Sep apakah kita berfikir mereka hanya berpeluk tubuh menunggu kedatangan 16 Sep sambil sesekali mengeluarkan kenyataan demi kenyataan. Apakah setakat itu sahaja tindakan mereka ? Tidak tahu kita semua apakah persediaan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat akan hal ini.